" MAKLUMAN SEMASA"

Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.

Selasa, 8 November 2011

Tokoh Kokurikulum dan Tokoh Hari Kanak-Kanak 2011

4 November yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Hari Anugerah Kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak 2011.

Disini disiarkan beberapa gambar murid yang diangkat menjadi tokoh pada hari tersebut. Tahniah pihak sekolah ucapkan.

Tokoh Lelaki Kokurikulum
Muhammad Danish Naqiuddin bin Masri

Tokoh Perempuan Kokurikulum
Nur Athira Zahra binti Zakaria

Tokoh Murid PPKI

Tokoh Lelaki dan Perempuan Hari Kanak-Kanak 2011
Muhammad Syazwan Hakimi bin Md Salam
Yusra Nadhirah binti Yus Arhanum

Sabtu, 22 Oktober 2011

Hari Anugerah Cemerlang dan Hari Kanak-Kanak 2011

Pihak sekolah akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum yang akan disambut pada 4 November ini sebelum waktu rehat. Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah pula akan disambut selepas waktu rehat.


Pasukan Bola Sepak Sekolah 2011

Acara untuk Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum, antaranya menyampaikan sijil penyertaan serta sijil penghargaan kepada wakil-wakil sekolah. Penyampaian sijil untuk murid-murid yang mengikuti aktiviti kokurikulum pada setiap minggu termasuk program 1 Murid 1 Sukan.



Kenangan : Sambutan Hari Kanak-Kanak 2004


Manakala antara acara sambutan hari kanak-kanak pula termasuklah acara memberi sijil penghargaan kepada murid-murid yang kehadirannya 100%, kelas yang mendapat sijil kelas terbersih yang paling banyak, pertandingan pakaian beragam, pertandingan karaoke serta anugerah kepada tokoh murid Hari Kanak-Kanak.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Selamat Hari Raya!


Pihak sekolah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga, bekas guru dan bekas murid sekolah.

Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman masing2, berhati-hatilah dijalan raya. Biar lambat asalkan selamat.


Selasa, 9 Ogos 2011

16 Hb Sesi Bergambar Staff

Pada Selasa minggu hadapan, 16Hb 8 2011 pihak sekolah akan mengadakan sesi bergambar untuk semua staff sekolah. Sesi bergambar ini melibatkan semua staff dalam satu gambar sahaja.


Untuk sesi bergambar ini, semua staf harus memakai pakaian rasmi sekolah yang baru, iaitu baju korporat. Sesi bergambar akan bermula sekitar pukul 1:00 P.M. Harap maklum.

p/s : termasuk sesi bergambar untuk AJK BKS


Sabtu, 30 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadhan...


Pihak sekolah mengambil kesempatan untuk mengucapkan ;

"Selamat Menunaikan Ibadah Puasa"
"Semoga kita selalu diberkati dibulan yang penuh mahrifah"

kepada warga SKBE1, di sini kami turut menyediakan kalendar waktu imsak dan waktu berbuka puasa untuk warga SKBE1 ;

Selasa, 28 Jun 2011

Hari Sukan Sekolah 2011


Pada Hari Sabtu 25.6.2011, pihak sekolah telah mengadakan acara Hari Sukan Sekolah. Sambutan kali ini dirasmikan oleh YDP PIBG, Dr.Abu Hassan. Acara bermula pada pukul 8.30 pagi.

Acara pada pagi itu dimulakan dengan perbarisan masuk kontijen2 rumah sukan dan pasukan2 beruniform. Setelah kesemua kontijen berada di tengah padang, Ikrar kejohanan dibaca oleh adik Khairul Azlan dan diikuti oleh semua kontijen2 rumah sukan. Doa pula dibaca oleh Ustaz Kamarudzaman. Selepas itu, ucapan daripada Guru Besar dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG, Dr.Abu Hassan.

Perasmian oleh YDP PIBG, Dr.Abu Hassan

Acara bermula dengan larian 100m murid PPKI. dan diikuti oleh acara 50m tahap satu dan 100m tahap dua. Setelah kesemua acara larian tamat, acara tarik tali peringkat akhir pula dimulakan. Di peringkat akhir ini, pasukan rumah Hijau menjadi juara bagi lelaki dan perempuan.

Majlis diteruskan dengan acara sukaneka ibubapa dan guru. Sukaneka kali ini meriah sekali dengan penglibatan yang 'sporting' daripada ibubapa dan guru. Kesemua yang terlibat mendapat cenderahati oleh pihak sekolah dan PIBG.




Juara Acara2 Penting

Acara terakhir ialah pengumuman juara sukan dan olahragawan dan olehragawati sekolah. Bagi pertandingan khemah rumah sukan tercantik dimenangi oleh rumah sukan Syahbandar(biru). Perbarisan terbaik dimenangi oleh pasukan rumah Bendahara (kuning). Perbarisan badan uniform dimenangi pasukan Puteri Islam. Juara rumah sukan tahun ini dimenangi oleh pasukan rumah Syahbandar (biru).

Olahragawan & Olahrawati 2011

Olahragawan pula dimenangi adik Khairul Azlan dan Olahragawati pula adik Sharera. Kedua2nya dari rumah Syahbandar. Tahniah!

Majlis bersurai lebih kurang pada pukul 12 tengah hari.

Ahad, 19 Jun 2011

Tugas guru sempena Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-42

Untuk makluman semua guru dan kakitangan SKBE (1) jalan Ipoh.

SK BATU 4 (1) JALAN IPOH

SENARAI PEGAWAI TEKNIK DAN BIDANG TUGAS TEMASYA SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-42, 2011

BIL

KEPEGAWAIAN

TUGAS

1

JURI RAYUAN

- EN. ABDULLAH

- EN. EMBROSE

- EN. DZULKIFLI

- PN. NORRUNNISA

-CIK SITI NURDIANA

1. Mempertimbangkan setiap rayuan rasmi yang diterima.

2. Memberi kata putus pada setiap rayuan yang diterima.

2

JEMPUTAN, SAMBUTAN & PROTOKOL

- CIK SITI NURDIANA

1. Jemputan VIP

2. Menyambut VIP

3

PROMOSI & SERANTA

- CIK SITI NURDIANA

1. Membuat promosi sukan

4

SIMBOLIK PERASMIAN

- CIK SITI NURDIANA

1. Menentukan bentuk acara simbolik.

2. Menempah dan menyediakan peralatan sebelum upacara.

5

BACAAN DOA

- EN. KAMARUDZAMAN

1. Bacaan doa

6

MAKAN & MINUM GURU/VIP

- PN. SHAHEEZAM (K)

- PN. SUZANA ISMAIL

1. Membeli air mineral secukupnya

2. Menempah makanan dan menyediakan tempat.

7

MAKAN DAN MINUM MURID

- PN. NORLIANA (K)

- CIK MASLINA

- PN. NOORHUDA

1. Menempah makanan dan menyediakan tempat.

2. Mengagihkan makanan kepada guru-guru rumah sukan.

8

KAWALAN MURID, KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN

- EN. KAMARUDZAMAN (K)

- MURID

1. Mengawasi keadaan murid agar sentiasa terkawal dan tidak akan membenarkan sesiapa pun memasuki arena.

2. Sediakan plan keluar masuk murid di padang.

3. Membeli dan menyediakan beg plastik sampah.

4. Meletakkan beg plastik sampah ditempat yang ditentukan.

5. Memastikan kawasan padang berada dalam keadaan bersih sebelum, semasa dan selepas selesai acara.

9

PENGURUS KEJOHANAN

- EN. AZMAN

- EN. MOHAMAD

1. Bertanggungjawab menentukan kelicinan perjalanan kejohanan.

2. Menentukan semua pegawai melapor diri dan jika perlu mencari pengganti

3. Menentukan orang-orang tertentu sahaja berada di arena.

10

REFERI BALAPAN / PADANG

- EN. AZMAN

1. Memastikan semua peraturan dipatuhi.

2. Membuat keputusan dalam perkara teknikal yang timbul semasa kejohanan.

3. Berkuasa menentukan kedudukan peserta jika hakim bercanggah pendapat. Walaubagaimanapun referi tidak boleh bertindak sebagai hakim atau mempengaruhi hakim dalam membuat keputusan.

4. Memeriksa semua keputusan akhir.

5. Berkuasa mengistiharkan sesuatu acara dimansuhkan dan dipertandingkan semula.

6. Menandatangani kad-kad keputusan dan menyerahkannya kepada pencatat.

7. Membuat keputusan samada membatalkan atau sebaliknya peserta yang dilaporkan oleh pengadil melanggar peraturan.

8. Mengesahkan rekod kejohanan.

11

PENGADIL

- EN. MOHAMAD

1. Hendaklah berada di tempat yang ditetapkan oleh referi untuk meneliti keadaan pertandingan.

2. Mengawasi peserta di kawasan pertukaran baton dalam acara lari berganti-ganti.

3. Sebarang kesalahan hendaklah dilaporkan kepada referi dengan isyarat mengangkat bendera merah ( tiada kuasa membatalkan peserta yang dianggap melanggar peraturan).

4. Bertugas termasuk saringan.

12

HAKIM PADANG

- EN. AHMAD ZAINI (K)

(Lompat Tinggi)

- EN. AZMINOR (K)

( Lompat Jauh)

- EN. ROSZI (K)

( Lontar Peluru)

- EN. RAFIZIL (K)

( Balapan )

1. Menghakimi semua acara padang ( Rujuk jadual pertandingan).

2. Ketua bertanggungjawab memberi taklimat cara menghakimi setiap acara.

3. Memberi tugas yang sesuai kepada setiap pegawai.

4. Bertugas semasa saringan sahaja.

13

HAKIM PENAMAT

- PN. ROSNIZA (K)

1. Menyediakan kad-kad nombor penamat untuk acara balapan.

2. Bertanggungjawab menentukan kedudukan peserta dalam satu acara dan merekodkan ke dalam kad yang disediakan, kemudian serahkan kepada ketua hakim penamat.

3. Ketua hendaklah menyemak kedudukan peserta dengan teliti supaya tidak ada peserta berkongsi tugas yang sama.

4. Bertugas termasuk saringan.

14

PENJAGA MASA

- PN. SUZIANA (K)

- CIK NOR ZAHILAH

- PN. NORAINI

1. Mencatatkan masa peserta pada borang yang disediakan dan menyerahkan kepada ketua penjaga masa.

2. Masa yang diambil adalah daripada asap tembakan pistol atau apa-apa alatan yang digunakan untuk pelepasan sehingga bahagian badan peserta (torso) sampai ke garisan penamat.

3. Ketua hendaklah menyemak kedudukan masa peserta ditulis dengan betul dan munasabah.

4. Bertugas termasuk saringan

15

PENCATAT/STATISTIK

- PN. SURIZA (K)

- PN. AZENIAH

- CIK. NURUL IZZAH

1. Memungut keputusan bagi setiap acara dan mencatatnya ke dalam borang yang disediakan.

2. Menyampaikan keputusan/maklumat kepada juruacara dan menulis nama pemenang ke dalam buku keputusan rasmi yang disediakan.

3. Kemaskini papan markah rumah sukan.

4. Bertugas termasuk saringan.

16

PENYELIA PESERTA

- EN. RAFIZIL (K)

- CIK PARAMESWARI - B

- PN. MARIATI - K

- PN. ZULAIKHA - M

- PN. YUSNIZA - H

1. Memanggil peserta 15 minit sebelum acara dimulakan.

2. Menyemak nama dan no. peserta ( hendaklah sama dengan yang didaftarkan).

3. Menghantar peserta ke tempat permulaan 5 minit sebelum acara dimulakan dalam keadaan teratur.

4. Bertugas termasuk saringan.

17

PELEPAS/PEM. PELEPAS

- EN. ROSZI (K)

- EN. AHMAD ZAINI

- PIBG

1. Memulakan setiap acara balapan.

2. Menyusun peserta mengikut lorong.

3. Memberi arahan kepada peserta setiap acara sebelum dijalankan.

4. Bertugas termasuk saringan.

18

JURUACARA

- EN. AZMINOR

- PN. PN. C.S.W KEMALA

1. Mengumumkan nama peserta mengambil bahagian dalam tiap-tiap acara.

2. Mengumumkan keputusan setiap acara semasa penyampaian hadiah.

3. Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat.

4. Menyediakan skrip yang sesuai/muzik latar/selingan yang sesuai.

19

PENYELIA PENERIMA HADIAH

- PN. MAZLIANA (K)

- PN. RUSILAWATI

- PN. SHAHLAWATI

- PN. ROSLINDA

1. Menguruskan peserta yang layak menerima hadiah mengikut susunan aturcara dan membawa peserta ke tempat penerimaan hadiah dengan tertib dan teratur.

20

PENGIRING PEMENANG

- PN. ROSLIZA (K)

- PN. SURIATI

1. Mengiringi pemenang di dalam setiap acara ke khemah pencatat/statistik.

2. Membawa borang keputusan bagi setiap acara kepada pencatat/statistik

21

PERUBATAN & PERTOLONGAN CEMAS

- PN. FAHIMA (K)

- MURID

1. Menyediakan alat rawatan kecemasan yang perlu.

2. Menghubungi ambulan jika perlu.

3. Menguruskan hal-hal keselamatan dan kecemasan.

4. Menyediakan ahli PBSM yang mencukupi sepanjang kejohanan termasuk saringan dan sukantara.

22

PENYELIA PERBARISAN

- PN. RAFIZIL (K)

- EN. MOHD FAIZAL

1. Mengetuai dan menguruskan aktiviti raptai perbarisan serta perbarisan.

23

HAKIM PERBARISAN

- PN. SHAHLAWATI (K)

- PIBG

1. Menyediakan borang penghakiman.

2. Menghakimi perbarisan lintas langsung pasukan yang mengambil bahagian.

3. Menyerahkan keputusan kepada juruacara dan JK hadiah.

4. Menjemput hakim dikalangan VIP/tetamu kehormat JK PIBG.

24

PENGERUSI TEKNIK

- EN. MOHAMAD (K)

- EN. HILMI

1. Kawasan bagi acara padang dan balapan disediakan dengan betul untuk sukantara, saringan dan kejohanan.

2. Memastikan alatan mengikut spesifikasi yang betul untuk kejohanan serta selamat untuk digunakan dan disahkan oleh referi.

3. Memastikan semua borang-borang berkaitan, peralatan kejohanan (pembesar suara untuk pelepas, papan pelepas, bendera pengadil dsb) telah disediakan.

4. Memastikan pembantu-pembantu teknik mencukupi di semua tempat acara padang berlangsung.

25

KHEMAH VIP/MURID

- EN. ROSZI (K)

- SEMUA GURU LELAKI

- PIBG

1. Menceriakan khemah utama/tetamu

2. Menyediakan khemah2 berikut;

- 3 khemah tetamu,

- 4 khemah peserta,

- 1 khemah juruacara dan pencatat/statistik,

- 1 khemah hadiah dan penerima hadiah, serta

- 1 khemah PBSM

3. Menyediakan payung untuk pegawai-pegawai kejohanan yang berkaitan termasuk sukantara.

4. Menyediakan kerusi/meja yang sesuai untuk tetamu/jk hadiah, juruacara, pencatat dan jawatankuasa lain.

5. Bertanggungjawab mengemas kembali alatan yang telah digunakan.

6. Memberi bayaran/saguhati kepada pemilik khemah.

7. Menguruskan makan dan minum pekerja.

26

SIARAYA

- EN. MOHD FAIZAL (K)

- EN. KAMARUDZAMAN

1. Menyediakan alat siaraya.

2. Memasang alat siaraya di tempat perasmian dan penutup serta pertandingan.

3. Sediakan AJK siaraya dan serahkan kepada urusetia.

4. Sediakan anggaran perbelanjaan dan serahkan kepada urusetia.

5. Tugas-tugas lain yang difikirkan perlu dan sesuai.

6. Menyediakan muzik perbarisan.

27

ACARA PEGAWAI DAN IBU BAPA

- EN. HILMI (K)

- EN. AZMINOR

1. Merancang acara pegawai yang sesuai.

2. Menguruskan acara tersebut semasa kejohanan mengikut aturcara yang telah disediakan.

3. menganggar peruntukan perbelanjaan untuk acara pegawai.

4. Menguruskan senarai nama dan acara pegawai.

28

BUKU ATURCARA

- PN. ROSLIZA (K)

- PN. SURIANI

(PELAPORAN)

-PN. RUSILAWATI

1. Menyediakan buku aturcara

2. Menyediakan buku aturcara khas untuk tetamu jemputan khas dan serahkan kepada JK Jemputan/Sambutan

3. Mengedarkan buku aturcara kepada pegawai, guru dan jemputan yang hadir.

4. Menyediakan buku kedatangan/pelaporan setiap rumah sukan.

29

GAMBAR DAN DOKUMENTASI

- EN. NOOR AZIZAH (K)

- MOHD FAIZAL

- EN. HILMI (JURUGAMBAR)

1. Mengambil gambar yang sesuai.

2. Menyediakan satu set gambar yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam majalah sekolah.

3. Mendokumentasikan segala maklumat berkaitan dengan sukan ( 2 Salinan) dan menyerahkannya kepada pihak pentadbir.

30

PENGURUS PPKI

- PN. IDAZURA (K)

- PN. SITI ROHAIDA

- PN. HALIMAH

1. Perbarisan.

2. Sukan PPKI.

3. Makan dan minum murid PPKI.

31

PENGURUS PRA-SEKOLAH

- PN. NAZIRAH (K)

- PN. WAN SURIANI

- PN. ITALIANA

- PN. ZAHILA

1. Perbarisan.

2. Sukan Pra-sekolah.

3. Makan dan minum murid Pra-sekolah.

Sabtu, 18 Jun 2011

Wajah Baru SKBE1

Gambar2 mural terbaharu yang di SKBE1


Di dinding blok A


Di dinding bangunan Kantin

p/s : gambar kredit to Pn.Ita Liana

Sukantara 2011

Minggu ini dan minggu depan bermulanya acara untuk Sukantara.

Kedudukan terkini markah setiap rumah sukan:-

Laksamana : 122 markah
Bendahara : 116 markah
Temenggong : 115 markah
Syahbandar : 113 markah

markah berdasarkan acara sukantara lompat jauh dan lontar peluru...

Dibawah ini gambar-gambar sekitar acara sukantara larian 50 m dan 100 m pada 17/6/2011


Isnin, 30 Mei 2011

Kelas Kompang Setiap Sabtu

Kelas kompang sekolah berlatih pada setiap hari Sabtu.

Gambar-gambar sekitar kelas kompang


Guru kompang sedang mengajar teknik menepuk kompang



Murid-murid sangat berminat untuk bermain kompang



Guru kompang yang dibayar khas



Murid-murid begitu tekun mendengar teknik bermain kompang



Cikgu Azman,Ustaz dan Ustazah memberi tumpuan sepenuhnya.

Disediakan oleh : Cikgu Hilmi

Sabtu, 28 Mei 2011

Sejarah Buku - Wikipedia


Buku merupakan kepingan helaian kertas bertulis yang diikat menjadi satu unit. Dalam sains kepustakaan, buku dikenali sebagai monograf untuk membezakannya dengan terbitan bersiri yang lain seperti majalah dan akhbar. Pada lazimnya, buku hanya merujuk kepada buku yang diterbit dan bukan sebarang "kertas-kertas yang diikat".

Sejarah buku

Sebelum kemunculan buku, manusia telahpun memiliki cara untuk menurunkan tulisan. Pada awal tamadun, manusia pada lazimnya menurunkan tulisan mereka di atas batu, papan, dan juga di atas daun (misalnya daun lontar yang menjadi lambang DBP). Sehubungan itu, medium tulisan awal ini adalah bentuk proto bagi buku.

Buku dikatakan muncul dalam sejarah umat manusia, apabila orang Mesir mencipta kertas papirus pada tahun sekitar 2400 SM. Adapun kertas papirus yang diturunkan tulisan ini digulungkan untuk menjadi "skrol" (scroll), dan ia diyakini adalah bentuk buku yang paling awal.

Selain itu, buku juga muncul di tamadun yang lain dengan bentuk yang lain. Contohnya, di Kemboja, Sami Budha di situ membaca "buku" yang dibuat daripada daun dan amalan ini masih dikekalkan sehingga hari ini dan perkara pernah dilaporkan oleh Nasional Geografi. Manakala di negeri Cina, sebelum terciptanya kertas, para cendekiawan di situ menurunkan tulisan mereka di atas lidi buluh dan mengikat lidi ini menjadi buku. Amalan menulis di atas lidi telah mempengaruhi sistem tulisan Cina sehinggakan orang Cina mengamalkan tulisan menegak sehingga pada awal moden

Buku memasuki satu era yang baru apabila industri kertas menjadi mantap. Kertas dipercayai muncul di negeri Cina seawal-awalnya pada 200 SM, selepas itu teknologi ini dibawa oleh pedagang muslim ke Eropah sebelum abad ke-11. Dengan adanya kertas, penulisan menjadi lebih mudah kerana kertas mempunyai ciri-ciri mudah disimpan dan juga bertahan lama.

Cara menerbitkan buku

Sebuah buku harus melalui beberapa proses sebelum ia diterbitkan oleh penerbit.

Peringkat terawal dalam penerbitan ialah perancangan. Pihak penerbit akan merancang apa yang harus diterbitkan. Dalam peringkat ini penerbit akan menentukan yang manakah manuskrip yang harus diterbitkan. Selepas itu, penerbit akan berunding dengan pengarang mengenai bayaran.


Selasa, 24 Mei 2011

Lagu-Lagu Perhimpunan 2011

Lagu-Lagu Nyanyian semasa perhimpunan

Lagu 'Negaraku'



Lagu 'Maju dan Sejahtera'



Lagu 'Sekolah'

Sabtu, 21 Mei 2011

Bekas Murid PPKI SKBE1

Kasih ibu didik anak SD berdikari

HABIBAH JAAFAR, 56, tersenyum lega mendengar ucapan tahniah daripada doktor. Akhirnya, bayi bongsu yang dikandung selama sembilan bulan selamat dilahirkan secara normal.

Kelahiran seorang bayi perempuan disambut dalam suasana yang bahagia memandangkan lebih sedekad rumah wanita kelahiran Muar, Johor itu tidak mendengar tangisan anak kecil. Namun, kegembiraan itu direntap seketika dengan khabar mengejutkan daripada doktor.

"Anak saya menghidap sindrom Down (SD). Saya sedikitpun tidak berasa kecewa tetapi, hati menjadi sayu apabila memikirkan adakah SD akan menyebabkan anak saya tidak boleh berjalan?

"Namun, segala kekusutan yang berselirat dalam fikiran dilerai satu persatu oleh doktor yang banyak membantu dari segi sokongan moral dan informasi kesihatan.

"Dia turut menerangkan bahawa anak-anak SD mampu menikmati kehidupan yang baik sekiranya dilatih dan dididik seperti individu normal," imbas Habibah, yang merujuk kepada puteri bongsunya, Nassuhada Ngasri, 16.

Meskipun begitu, Habibah melihat Nassuhada memiliki personaliti menghiburkan. Puterinya yang mesra disapa sebagai Baby itu dikatakan suka menari, menyanyi dan mesra diajak berbicara.

Pada masa yang sama, dia rajin mengemas rumah dan pembersih. Setiap hari Baby memastikan kamar tidurnya dikemas dan helaian baju dilipat serta disusun teratur di dalam almari.

Sekiranya tidak mempunyai agenda di luar rumah, Baby lebih selesa bersantai di dalam bilik bacaan. Kadangkala dia sanggup menghabiskan masa sehari suntuk membaca buku, menulis dan belajar menerusi perisian akademik di komputer riba miliknya.

"Sejak kecil saya melatih Baby berdikari dan melakukan aktiviti sama seperti kakak dan abangnya. Ini penting bagi meningkatkan keyakinan diri dan sekali gus mengelakkan Baby berasa terpinggir. Saban hari kami sekeluarga tidak jemu-jemu memberi kata-kata motivasi kepada Baby bahawa dirinya pemberian Tuhan yang istimewa dan penyeri keluarga," ujar Habibah.

Anak istimewanya itu mudah dijaga dan menurut kata. Kehidupannya banyak dihabiskan bersama keluarga dan di sekolah. Baby juga tidak cerewet dan tidak sesekali keluar rumah tanpa ditemani keluarga.

Menginjak usia tujuh tahun, Baby dihantar ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Batu 4 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur supaya dia bergaul dan belajar bersama rakan-rakan senasibnya.

"Tapi, sesi persekolahan itu bertahan selama dua tahun saja. Alasan Baby, dia enggan ke sekolah kerana berasa pelik melihat wajah yang kawan-kawan sama seperti wajahnya," ujar Habibah yang juga merupakan ibu kepada pelakon Nasliza, 38; Naszeli, 37; Nasrizal, 31, Nasreen, 28 dan Nasriah, 27.

BABY bukan sahaja boleh menguruskan diri sendiri bahkan, melakukan kerja rumah seperti melipat kain dan menyapu sampah.


Suka ke sekolah

Sementara itu, Baby yang kelihatan ceria dalam persalinan baju T warna jingga dan berseluar jean itu, tersenyum setiap kali mendengar pujian ibunya.

Menyedari dilahirkan berbeza seperti adik-beradik yang lain, Baby sedikitpun tidak berasa rendah diri. Sebaliknya, bersyukur kerana dikelilingi insan yang menyayanginya sepenuh hati.

"Abang dan kakak selalu memenuhi keperluan saya. Mereka kerap membawa saya bersiar-siar tanpa rasa malu dengan pandangan orang sekeliling. Jika tiada kelas atau latihan pementasan teater saya suka menemani Darling (Nasreen) ke pejabat," tutur Baby yang kini bersekolah di Vokasional Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Jalan U-Thant, Kuala Lumpur.

Sambil membetulkan rambutnya yang paras bahu itu, Baby yang pernah membintangi drama bertajuk Harijadi Su dan Istimewa memberitahu, setiap hari dia teruja untuk ke sekolah. Dia enggan melepaskan peluang belajar memasak, kelas berlakon, menjahit dan kelas rumah tangga.


untuk baca berita penuh sila klik sini