" MAKLUMAN SEMASA"

Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.

Sejarah Sekolah





1. Nama sekolah    : Sekolah Kebangsaan batu 4 (1) Jalan Ipoh
                                51200 Kuala Lumpur.
2. Kod sekolah     : WBB 0097
3. Gred sekolah    : Gred B
4. Jenis sekolah   : Sekolah Rendah Kebangsaan
5. Alamat sekolah  : Sekolah Kebangsaan Batu 4 (1) Jalan Ipoh
                                51200 Kuala Lumpur


Sekolah Rendah Kebangsaan (Inggeris) Batu 4, Jalan Ipoh yang dikenali sekarang sebagai Sekolah Kebangsaan Batu Empat (1), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1967. Ketika itu sekolah ini menumpang di Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, Kuala Lumpur. Bilangan murid semasa ditubuhkan ialah seramai 364 orang dengan Guru Besar serta guru-guru seramai 11 orang.



Apabila banggunan baru telah siap dibina pada tahun 1968, Guru Besar, guru-guru dan murid-murid telah berpindah ke sekolah baru yang dibina di dalam kawasan seluas 2.3 hektar. (100566.30 kaki persegi.



Guru Besar yang pertama SRJK (Ing) Batu Empat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur ialah Puan Hasnah Bt. Yunus. Motto sekolah pada masa itu ialah Pengetahuan Menuju Kejayaan dan lagu rasmi sekolah ini dicipta oleh Encik Khoo Soon Leong.


Pada bulan Jan 1968 hingga bulan Nov 1971 bilangan murid bertambah jika dibandingkan pada permulaannya. Perkembangan ini amat memuaskan. Bilangan guru juga turut bertambah.

Oleh sebab pertambahan bilangan murid serta guru-guru, pada bulan Dis 1971, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) batu Empat, Jalan Ipoh dibahagikan kepada 2 buah sekolah. Pada bulan Jan 1972 terdapat 2 buah sekolah iaitu SRK (1) dan SRK (2) Batu Empat, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. SRK (1) di bawah pimpinan En. M. Subramaniam. Guru Besar yang pertama iaitu Puan Hasnah telah dipindahkan ke sekolah lain


Pada peringkat awal hanya terdapat 2 blok banggunan sekolah tetapi dengan kemajuan sekolah serta bilangan murid bertambah, 2 buah blok banggunan tambahan dibina. Masa permulaan, kantin sekolah terletak di belakang blok sekolah, tetapi apabila blok ketiga dibina, kantin berpindah ke hadapan blok sekolah. Kantin lama telah diubahsuai menjadi perpustakaan dan Bilik TV Pendidikan untuk kegunaan SRK (1).

Pengubahsuaian ini diusahakan oleh Guru Besar En. Subramaniam dan PIBG. Pihak sekolah telah menganjurkan pestaria selama 2 hari dan mnegadakan "walkathon" secara besar-besaran. Pungutan wang dan derma-derma ikhlas sangat menggalakkan . Dengan perbelanjaan lebih kurang RM5,000, perpustakaan SRK (1) dibina. Perpustakaan ini dibina khas untuk murid-murid supaya dapat menambah ilmu pengetahuan serta meningkatkan mutu bacaan.

Senarai nama Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini ialah seperti berikut;

01.  Puan Hasnah bt. Yunus                             1967-1971
02.  En. M. Subramaniam                                 1972-1980
03.  En. Yong Kum Meng                                  1981-1982
04.  En. K.S. Singam                                         1983-1984
05.  Puan Yang Li Fu                                       1985-1988  
06.  S. Anthonysamy                                      1989-1993
07. Puan Faridah Abdul Rahman                   1993-1997
08. E. Samsuri b. Salleh                                  1997-1998
09. En. Roslan b. Jais                                      1999-2000
10. Ramnah bt. Darus                                      2000-2002
11. En. Teh Keng Lum                               20.03.2003 - 25.8.2003
12. Puan Tan Saw Gyng                                  22.2.2004 - 14.1.2005
13. Pn. Chan Bee Tin                                       15.1.2005 - 2006
14. Pn. Hjh Salamiah bt Abu Bakar             2006-2009
15. Pn. Hjh. Zaimah bt Abdul Rahim           2009 - Januari 2013
16. Pn. Azlinda Sham bt. Abdullah Sani     Mac 2013 - sekarang