" MAKLUMAN SEMASA"

Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.

Rabu, 11 Julai 2012

Sukan Tahunan - Bendahara Juara 2012

Pada Sabtu yang lepas, sekolah dan PIBG telah menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 Petang.

Salah satu acara yang dijalankan

Acara berlangsung seperti dalam perancangan.


Rumah Bendahara

 Rumah Laksamana


 Rumah Temenggong


Pasukan rumah yang menjadi Johan ialah pasukan rumah Bendahara. Diikuti pasukan rumah Laksamana dan Temenggong. Tahniah diucapkan buat semua yang terlibat.


kamilah JUARA!

Jumaat, 6 Julai 2012

Raptai 5/7/2012 terpaksa dibatalkan kerana hujan...

Raptai sukan tahunan hari ini terpaksa dibatalkan kerana hujan turun dengan lebatnya sewaktu perbarisan masuk kontijen rumah sukan tadi.

Esok, raptai penuh akan dijalankan lebih awal untuk mengelak kejadian seperti petang tadi.

Mata Terkini (update)

Kedudukan mata terkini (update 5.7.2012)

Bendahara - 740
Temenggong - 666
Laksamana - 625

Sebarang penambahan mata akan dibuat semasa Hari Sukan Tahunan nanti.

Rabu, 4 Julai 2012

Mata Terkini - Bendahara masih mendahului


Mata terkumpul setakat 3.7.2012 ialah seperti berikut :

Bendahara    : - 695
Laksamana   : - 605
Temenggong : - 599

Mata terkumpul ini tidak termasuk mata acara yang dijalankan petang tadi (4.7.2012)



Acara yang dijalankan petang tadi ialah acara saringan 50m (L&P) dan 100m (L&P). Turut diadakan ialah acara akhir Lompat Tinggi Tahun 4,5 & 6 (L) dan acara Lompat Jauh Tahun 4,5 & 6 (P).

Kemenangan pada hari ini agak seimbang diantara ketiga-tiga rumah sukan. Ayuh, jangan putus asa wahai atlet-atlet rumah sukan...buktikan anda layak menang!

Sukan Tahunan Sekolah ( Sabtu 07.07.2012)

Sabtu ini, ( Sabtu 07.07.2012) sekolah dan PIBG akan menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah. Bagi memeriahkan lagi hari sukan sekolah, semua murid dan ibu bapa diundang ke acara tahunan ini. Tidak lupa juga kepada bekas2 murid sekolah. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Jom, datang jangan tak datang...

Selasa, 3 Julai 2012

Rumah Bendahara semakin jauh mendahului!

 Hari ini beberapa acara akhir telah dijalankan. Antaranya acara 4x50 meter Tahun 1 (L), tahun 2 (P), tahun 3 (L) dan 4x100 tahun 4 (P) telah dijalankan sebelum rehat.

Manakala acara akhir Lompat Tinggi (P), Lontar Peluru (P) dan Lompat Jauh (L) telah dijalankan selepas waktu rehat.


Kebanyakkan acara ini diungguli oleh atlet-atlet dari rumah Bendahara. Rumah Bendahara semakin jauh mendahului rumah-rumah sukan lain.

Ahad, 1 Julai 2012

Lagu Sekolah - Vokal Nurul Farhana Ajeha

Sukantara - Mata Terkini

Rumah Biru Juara Tahun 2011. Kini tinggal kenangan kerana pasukan rumah biru kini telah dibubarkan kerana kekurangan murid sekolah.

Kedudukan mata terkini rumah-rumah sukan 2012 sepanjang sukantara minggu lepas.

Bendahara [Kuning] - 535
Temenggong [Hijau] - 484
Laksamana [Merah] - 484

Minggu ni banyak acara saringan dan acara akhir akan dijalankan. Berusaha bersungguh-sungguh atlet-atlet rumah sukan.