" MAKLUMAN SEMASA"

Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.

Ahad, 30 Disember 2012

Selamat Tinggal 2012


Esok hari terakhir bagi tahun 2012. Banyak suka duka yang telah dilalui bersama. Cikgu Siti Nur Diana dan Cikgu Shaheezam telah sah berpindah ke sekolah baru. Selamat maju jaya diucapkan. Yang tinggal teruskan perjuangan kalian.

Tahniah juga buat murid2 tahun 6 yang telah tamat belajar di SKBE1 selama 6 tahun. Yang kurang cemerlang dalam keputusan UPSR yang lalu, jangan putus asa. Gagal sekali tidak bermakna anda gagal selama-lamanya. Yang berjaya mendapat keputusan cemerlang pula, teruskan usaha agar menjadi lebig cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga sukses di sekolah menengah nanti.

Selamat tinggal tahun 2012. Semoga azam yang dibuat pada awal tahun lalu telah tercapai. Tanamkan azam baru pada tahun hadapan agar menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Selamat maju jaya diucapkan sekali lagi.

Jumaat, 9 November 2012

Hari Kanak-Kanak 2012 [Gambar]

Cikgu Hilmi dan Ustaz Kamarudzaman

Pakaian Beragam

 Persembahan Pra Sekolah

Persembahan Guru


                                                   Persembahan 6 T 

Persembahan Tahun 6 K


Tokoh Kanak-Kanak 2012
( Mohd Faizal & Nur Hazimah)










Murid Tahun 6 2012

Dua gambar berbeza situasi....Kenangan terakhir bersama murid tahun 6 2012. Selamat maju jaya Cikgu ucapkan kepada murid2 ini.






Keputusan Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Tahun 2012 akan diumumkan pada 19 November 2012


Ruangan pemberitahuan dari Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di url http://www.moe.gov.my memaklumkan bahawa :-


Pengumuman Keputusan UPSR 2012 keputusan upsr 2012 keluar pada 19 november

Calon-calon berkaitan boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang dinyatakan


Read more: http://www.enciknakal.com/2012/11/keputusan-upsr-2012-keluar-pada-19-november.html#ixzz2BhATyWSx

Khamis, 8 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang 2012

Esok Sekolah akan mengadakan program Hari Anugerah Cemerlang 2012.

Tahniah kepada murid2 yang terlibat.

Rabu, 11 Julai 2012

Sukan Tahunan - Bendahara Juara 2012

Pada Sabtu yang lepas, sekolah dan PIBG telah menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah. Acara bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 1.00 Petang.

Salah satu acara yang dijalankan

Acara berlangsung seperti dalam perancangan.


Rumah Bendahara

 Rumah Laksamana


 Rumah Temenggong


Pasukan rumah yang menjadi Johan ialah pasukan rumah Bendahara. Diikuti pasukan rumah Laksamana dan Temenggong. Tahniah diucapkan buat semua yang terlibat.


kamilah JUARA!

Jumaat, 6 Julai 2012

Raptai 5/7/2012 terpaksa dibatalkan kerana hujan...

Raptai sukan tahunan hari ini terpaksa dibatalkan kerana hujan turun dengan lebatnya sewaktu perbarisan masuk kontijen rumah sukan tadi.

Esok, raptai penuh akan dijalankan lebih awal untuk mengelak kejadian seperti petang tadi.

Mata Terkini (update)

Kedudukan mata terkini (update 5.7.2012)

Bendahara - 740
Temenggong - 666
Laksamana - 625

Sebarang penambahan mata akan dibuat semasa Hari Sukan Tahunan nanti.

Rabu, 4 Julai 2012

Mata Terkini - Bendahara masih mendahului


Mata terkumpul setakat 3.7.2012 ialah seperti berikut :

Bendahara    : - 695
Laksamana   : - 605
Temenggong : - 599

Mata terkumpul ini tidak termasuk mata acara yang dijalankan petang tadi (4.7.2012)



Acara yang dijalankan petang tadi ialah acara saringan 50m (L&P) dan 100m (L&P). Turut diadakan ialah acara akhir Lompat Tinggi Tahun 4,5 & 6 (L) dan acara Lompat Jauh Tahun 4,5 & 6 (P).

Kemenangan pada hari ini agak seimbang diantara ketiga-tiga rumah sukan. Ayuh, jangan putus asa wahai atlet-atlet rumah sukan...buktikan anda layak menang!

Sukan Tahunan Sekolah ( Sabtu 07.07.2012)

Sabtu ini, ( Sabtu 07.07.2012) sekolah dan PIBG akan menganjurkan Sukan Tahunan Sekolah. Bagi memeriahkan lagi hari sukan sekolah, semua murid dan ibu bapa diundang ke acara tahunan ini. Tidak lupa juga kepada bekas2 murid sekolah. Kehadiran anda amat dialu-alukan.

Jom, datang jangan tak datang...

Selasa, 3 Julai 2012

Rumah Bendahara semakin jauh mendahului!

 Hari ini beberapa acara akhir telah dijalankan. Antaranya acara 4x50 meter Tahun 1 (L), tahun 2 (P), tahun 3 (L) dan 4x100 tahun 4 (P) telah dijalankan sebelum rehat.

Manakala acara akhir Lompat Tinggi (P), Lontar Peluru (P) dan Lompat Jauh (L) telah dijalankan selepas waktu rehat.


Kebanyakkan acara ini diungguli oleh atlet-atlet dari rumah Bendahara. Rumah Bendahara semakin jauh mendahului rumah-rumah sukan lain.

Ahad, 1 Julai 2012

Lagu Sekolah - Vokal Nurul Farhana Ajeha

Sukantara - Mata Terkini

Rumah Biru Juara Tahun 2011. Kini tinggal kenangan kerana pasukan rumah biru kini telah dibubarkan kerana kekurangan murid sekolah.

Kedudukan mata terkini rumah-rumah sukan 2012 sepanjang sukantara minggu lepas.

Bendahara [Kuning] - 535
Temenggong [Hijau] - 484
Laksamana [Merah] - 484

Minggu ni banyak acara saringan dan acara akhir akan dijalankan. Berusaha bersungguh-sungguh atlet-atlet rumah sukan.

Rabu, 27 Jun 2012

Sukantara Bermula...

Minggu ini dan minggu depan akan berlangsung acara sukantara. Acara sukantara ini melibatkan semua murid yang mewakili 3 buah Rumah Sukan. 3 buah rumah sukan tersebut dikenali sebagai Bendahara (Kuning), Laksamana (Merah) dan Temenggong (Hijau). 

Sabtu, 4 Februari 2012

SKBE1 Tuan Rumah Pertandingan Bola Tampar 2012

Pasukan Bola Tampar Sekolah

Pada tahun ini, SKBE1 telah dilantik sebagai pengelola bagi Pertandingan Bola Tampar (R) MSSWP Wilayah Sentul 2012. Selepas 4 tahun tidak menjadi tuan rumah, kini giliran SKBE1 pula. Pertandingan ini bakal berlangsung pada 13-16/2/2012.

Selasa, 24 Januari 2012

AJK BARU PIBG DI LANTIK

Pada Sabtu 21 Januari 2012 yang lepas, Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-38 bagi melantik AJK baru dan membincangkan beberapa masalah berbangkit. Mesyuarat dipengerusikan oleh Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah, iaitu YDP PIBG SKBE1.

Setelah beberapa penggal menjadi YDP PIBG SKBE1, Prof. Dr. Abu Hassan telah membubarkan AJK lama bagi memberi peluang kepada AJK baru bagi meneraju PIBG untuk penggal seterusnya.

AJK PIBG [IbuBapa] yang baru telah dilantik melalui sistem undian oleh ibubapa dan guru yang hadir pada hari tersebut.


AJK baru PIBG


PENASIHAT
Pn. Hjh. Zaimah Bt. Abd. Rahim

PENOLONG PENASIHAT
En. Louis Marie Neubert Ambrose
En. Dzulkifli B. Abd. Jalil

En. Abdullah B. Shuib
Pn. Norunnisa Bt. Abdullah

YANG DIPERTUA
En. Amir

NAIB YANG DIPERTUA
En. Zul Iskandar

SETIAUSAHA
Pn. Noor Azizah

NAIB SETIAUSAHA
Pn. Aida Bt. Ismail

BENDAHARI
Cik Siti Nur Diana

AJK [ IBUBAPA ]
En. Jamil
En. Masri

En. Yazid
Pn. Sabariah
Pn. Che Siti Wan Kemala
En. Chandrasegaran
Pn. Julia


AJK [ GURU ]
En. Faizal
Ustaz Kamarudzaman
Ustazah Roziah
Pn. Nadzirah
Pn. Idazura

JURUAUDIT
Pn. Yusniza [Guru]
Pn. Siti Sanisah [IbuBapa]





Isnin, 23 Januari 2012

Selamat Tahun Baru Cina


Pihak Sekolah mengucapkan Gong Xi Fa Cai buat kaum Tiong Hua. ... Selamat Tahun Baru Cina