" MAKLUMAN SEMASA"

Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.

Jumaat, 29 April 2011

Mesyuarat Rumah Sukan 2011

Mesyuarat dan pemilihan AJK Rumah Sukan telah berlangsung pagi tadi..

Rumah sukan telah diberi nama baru tahun ini...

Rumah Kuning : Bendahara
Rumah Biru : Syahbandar
Rumah Merah : Laksamana
Rumah Hijau : Temenggong



Baju Rasmi Sukan Sekolah 2011

Selamat menjalani latihan rumah sukan...

Latihan Kebakaran Bersama BOMBA

Pada hari Khamis minggu lepas...pihak sekolah telah adakan sesi latihan kebakaran bersama pasukan BOMBA...




Murid-murid serta guru-guru berpeluang menggunakan alat pemadam api untuk memadamkan kebakaran.




Murid-murid juga berpeluang untuk meneroka kereta BOMBA yang dibawa...





Murid-murid dan guru-guru diberi taklimat ringkas oleh anggota BOMBA yang bertugas.





untuk melihat gambar-gambar lain sila klik disini

Selamat Bercuti & Selamat Hari Pekerja

Pihak sekolah ingin mengucapkan

Selamat Bercuti & Selamat Hari Pekerja




kepada warga pendidik khususnya dan pekerja-pekerja di Malaysia amnya tidak kira kakitangan kerajaan atau swasta...



Kepada yang ingin pulang ke kampung,berhati-hatilah dijalan raya...semoga perjalanan anda selamat sampai. Biar lambat asal selamat...

RIMUP 2011

Pada tanggal 9.4.2011 berlangsung dengan jayanya program RIMUP 2011...

Aktiviti sukaneka ini telah berlangsung pada waktu pagi dan disertai oleh murid kedua-dua sekolah...



Salah satu acara sukaneka...



Guru Besar bersama wakil guru SJK(c) Lai Chee...




Murid-murid dan guru-guru SKBE1 dan SJK(c) Lai Chee bersama-sama
memeriahkan acara pada hari tersebut...


untuk melihat gambar-gambar lain sila klik disini

Jumaat, 15 April 2011

Majlis Tadarus Al-Quran 2011

Majlis ini telah berlangsung di SK Segambut pada 14 April 2011. Semasa majlis ini, telah diadakan pertandingan Tilawah Al-Quran, hafazan, bercerita dan Azan. SKBE1 telah berjaya menyandang NAIB JOHAN bagi acara tilawah Al-Quran lelaki.

Murid-murid yang telah mewakili sekolah MTAQ 2011 adalah:-
Tilawah L: Muhammad Hilmi bin Ahmad Zulkarnain 4K
Tilawah P: Nur Rasyiqah binti Uningkutti 5K
Hafazan L: Muhammad Darris Irfanuddin bin Masri 5K
Hafazan P: Marisah Febian binti Sulaiman 5K
Bercerita L: Muhammad Azizul bin Rumli 6K
Bercerita P: Nur Aqilah Balqis Amiruddin 6K
Azan : Muhammad Firdaus Abkal 6T

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada adik Hilmi bin Ahmad Zulkarnain dari kelas 4 Kenanga. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat samada secara langsung atau tidak di atas kejayaan ini.

Rabu, 13 April 2011

Majalah SEGAR edisi ke 13



Majalah SEGAR edisi ke 13 sudah berada di Sekolah..mana-mana bekas murid tahun lepas bolehlah datang ke sekolah untuk mengambilnya...

Edisi kali ini ketua editornya ialah Cikgu Rafizil Asrul...dan Juru gambar ialah Cikgu Hilmi..

Isnin, 4 April 2011

Pasukan Bola Baling Sekolah

‎(29 mac - 1 april 2011) berakhirnya minggu friendly match bola baling...)

skbe(1) vs sk batu muda 2-3, 0-1 (L) & 4-7, 0-3 (P)
skbe(1) vs sk seri murni 5-1, 5-2 (L) & 4-2 (P)
skbe(1) vs sk seri delima 4-2 (L) & 6-3 (P)
skbe(1) vs sk kg batu 3-2 (L) & 1-2 (P)

Kesian bdk2 tp sronok tgok pkembangan yg mberangsangkan....bdebar mnuggu ptandingan sbenar pada 4.4.2011....doakan kejayaan kami..........

Cikgu Diana