" MAKLUMAN SEMASA"

Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Majlis Penutup Ihya Ramadhan 2013

Di sini disiarkan beberapa keping gambar sekitar majlis berlangsung pada 2 Ogos 2013 yang lalu.


Ucapan Guru Besar
Pn.Azlinda Sham

Juruacara Majlis
Cikgu Zaini & Cikgu Nadiah

Penceramah jemputan

Penceramah jemputan

Antara murid yang hadir

Majlis khatam al-quran

Persembahan nasyid

Antara penerima duit raya 2013

Antara penerima duit raya 2013

Antara penerima duit raya 2013

Antara penerima duit raya 2013

Agihan makanan


Untuk melihat gambar penuh sila ke klik di sini.

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya

Selamat bercuti diucapkan buat semua warga Sekolah Kebangsaan Batu 4 (1). Berhati-hatilah ketika memandu. Biarlah lambat, asalkan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Pihak Sekolah ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.


Selasa, 25 Jun 2013

Sukan Tahunan 29 Jun 2013 diBATALKAN


Untuk makluman semua murid, ibu bapa dan guru. Sukan Tahunan diBATALkan dan akan ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Mesyuarat sukan esok juga dibatalkan.

Khamis, 20 Jun 2013

Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-44

Sukan Tahunan Sekolah Kali Ke-44 akan diadakan pada Sabtu, 29 Jun 2013 nanti. Kehadiran semua amat dialu-alukan.

Ahad, 24 Mac 2013

Majlis Rasmi Persaraan Guru Besar - Pn.Hjh Zaimah


Untuk melihat gambar sekitar majlis persaraan guru besar sila klik sini.

Pertandingan Bola Tampar Zon Sentul

SJK(C) Jinjang Tengah 2

Pertandingan Bola Tampar peringkat Zon Sentul telah tamat pada Khamis 28.2.2013. Juara kategori Lelaki dan Perempuan berjaya dimenangi oleh SJK(C) Jinjang Tengah 2. Tahniah diucapkan. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini tidak kira secara langsung atau tidak secara langsung, terutama ajk yang terlibat di padang.

untuk melihat album gambar sekitar Pertandingan klik sini, sini, sini dan sini.

Sambutan Maulidur rasul 2013

Untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis sambutan maulidur-rasul 2013 boleh klik disini.


Mesyuarat Agong PIBG 2013

Mesyuarat Agong PIBG telah berlangsung pada 16 Mac yang lalu. Mesyuarat Agong ini telah dipengerusikan oleh YDP En.Amir Hamdzan Hamzah. Mesyuarat kali ini membincangkan beberapa isu termasuklah pelantikan AJK Ibu Bapa yang baru bagi memantapkan lagi pengurusan PIBG untuk tahun ini. Mesyuarat ini juga untuk mendapat persetujuan ibu bapa bagi meluluskan bayaran Yuran PIBG untuk tahun 2013. Tidak lupa juga, pihak PIBG memberi saguhati kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang UPSR 2012 yang lalu.








Pentadbiran Baru...


Bulan Januari yang lalu, Pn.Hajah Zaimah telah pun bersara secara rasminya. Oleh itu, pada 1.3.2013 pihak sekolah telah menerima Guru Besar baru iaitu Pn. Azlinda Sham bt. Abdullah Sani. Pn.Azlinda ialah bekas guru di SKBE1 yang kali terakhir beliau berkhidmat di sini ialah pada tahun 2002. Sebelum itu juga pihak sekolah telah menerima Guru Penolong Kanan HEM yang baru iaitu Pn.Anizai Binti Tun Wahab setelah En.Dzulkifli dinaikan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan 1. Kenaikan pangkat En.Dzulkifli berikutan kekosongan setelah En.L.M.N. Ambrose bersara pada Disember 2012 yang lalu. Selamat datang diucapkan buat barisan pentadbiran baru dari kami warga SKBE1.


Pn.Azlinda Sham bt. Abdullah Sani
( Guru Besar )
Pn.Anizai bt.Tun Wahab
( GPK HEM)

Selasa, 1 Januari 2013

Selamat datang 2013


Hari berganti, bulan berganti, tahun pun berganti,
Tahun baru harapan baru, tetap bersemangat,
Masa lalu adalah kenangan,hari ini adalah goresan, hari esok adalah harapan,
Selamat datang tahun 2013, selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013