" MAKLUMAN SEMASA"

Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.

Isnin, 30 Mei 2011

Kelas Kompang Setiap Sabtu

Kelas kompang sekolah berlatih pada setiap hari Sabtu.

Gambar-gambar sekitar kelas kompang


Guru kompang sedang mengajar teknik menepuk kompang



Murid-murid sangat berminat untuk bermain kompang



Guru kompang yang dibayar khas



Murid-murid begitu tekun mendengar teknik bermain kompang



Cikgu Azman,Ustaz dan Ustazah memberi tumpuan sepenuhnya.

Disediakan oleh : Cikgu Hilmi

Sabtu, 28 Mei 2011

Sejarah Buku - Wikipedia


Buku merupakan kepingan helaian kertas bertulis yang diikat menjadi satu unit. Dalam sains kepustakaan, buku dikenali sebagai monograf untuk membezakannya dengan terbitan bersiri yang lain seperti majalah dan akhbar. Pada lazimnya, buku hanya merujuk kepada buku yang diterbit dan bukan sebarang "kertas-kertas yang diikat".

Sejarah buku

Sebelum kemunculan buku, manusia telahpun memiliki cara untuk menurunkan tulisan. Pada awal tamadun, manusia pada lazimnya menurunkan tulisan mereka di atas batu, papan, dan juga di atas daun (misalnya daun lontar yang menjadi lambang DBP). Sehubungan itu, medium tulisan awal ini adalah bentuk proto bagi buku.

Buku dikatakan muncul dalam sejarah umat manusia, apabila orang Mesir mencipta kertas papirus pada tahun sekitar 2400 SM. Adapun kertas papirus yang diturunkan tulisan ini digulungkan untuk menjadi "skrol" (scroll), dan ia diyakini adalah bentuk buku yang paling awal.

Selain itu, buku juga muncul di tamadun yang lain dengan bentuk yang lain. Contohnya, di Kemboja, Sami Budha di situ membaca "buku" yang dibuat daripada daun dan amalan ini masih dikekalkan sehingga hari ini dan perkara pernah dilaporkan oleh Nasional Geografi. Manakala di negeri Cina, sebelum terciptanya kertas, para cendekiawan di situ menurunkan tulisan mereka di atas lidi buluh dan mengikat lidi ini menjadi buku. Amalan menulis di atas lidi telah mempengaruhi sistem tulisan Cina sehinggakan orang Cina mengamalkan tulisan menegak sehingga pada awal moden

Buku memasuki satu era yang baru apabila industri kertas menjadi mantap. Kertas dipercayai muncul di negeri Cina seawal-awalnya pada 200 SM, selepas itu teknologi ini dibawa oleh pedagang muslim ke Eropah sebelum abad ke-11. Dengan adanya kertas, penulisan menjadi lebih mudah kerana kertas mempunyai ciri-ciri mudah disimpan dan juga bertahan lama.

Cara menerbitkan buku

Sebuah buku harus melalui beberapa proses sebelum ia diterbitkan oleh penerbit.

Peringkat terawal dalam penerbitan ialah perancangan. Pihak penerbit akan merancang apa yang harus diterbitkan. Dalam peringkat ini penerbit akan menentukan yang manakah manuskrip yang harus diterbitkan. Selepas itu, penerbit akan berunding dengan pengarang mengenai bayaran.


Selasa, 24 Mei 2011

Lagu-Lagu Perhimpunan 2011

Lagu-Lagu Nyanyian semasa perhimpunan

Lagu 'Negaraku'



Lagu 'Maju dan Sejahtera'



Lagu 'Sekolah'

Sabtu, 21 Mei 2011

Bekas Murid PPKI SKBE1

Kasih ibu didik anak SD berdikari

HABIBAH JAAFAR, 56, tersenyum lega mendengar ucapan tahniah daripada doktor. Akhirnya, bayi bongsu yang dikandung selama sembilan bulan selamat dilahirkan secara normal.

Kelahiran seorang bayi perempuan disambut dalam suasana yang bahagia memandangkan lebih sedekad rumah wanita kelahiran Muar, Johor itu tidak mendengar tangisan anak kecil. Namun, kegembiraan itu direntap seketika dengan khabar mengejutkan daripada doktor.

"Anak saya menghidap sindrom Down (SD). Saya sedikitpun tidak berasa kecewa tetapi, hati menjadi sayu apabila memikirkan adakah SD akan menyebabkan anak saya tidak boleh berjalan?

"Namun, segala kekusutan yang berselirat dalam fikiran dilerai satu persatu oleh doktor yang banyak membantu dari segi sokongan moral dan informasi kesihatan.

"Dia turut menerangkan bahawa anak-anak SD mampu menikmati kehidupan yang baik sekiranya dilatih dan dididik seperti individu normal," imbas Habibah, yang merujuk kepada puteri bongsunya, Nassuhada Ngasri, 16.

Meskipun begitu, Habibah melihat Nassuhada memiliki personaliti menghiburkan. Puterinya yang mesra disapa sebagai Baby itu dikatakan suka menari, menyanyi dan mesra diajak berbicara.

Pada masa yang sama, dia rajin mengemas rumah dan pembersih. Setiap hari Baby memastikan kamar tidurnya dikemas dan helaian baju dilipat serta disusun teratur di dalam almari.

Sekiranya tidak mempunyai agenda di luar rumah, Baby lebih selesa bersantai di dalam bilik bacaan. Kadangkala dia sanggup menghabiskan masa sehari suntuk membaca buku, menulis dan belajar menerusi perisian akademik di komputer riba miliknya.

"Sejak kecil saya melatih Baby berdikari dan melakukan aktiviti sama seperti kakak dan abangnya. Ini penting bagi meningkatkan keyakinan diri dan sekali gus mengelakkan Baby berasa terpinggir. Saban hari kami sekeluarga tidak jemu-jemu memberi kata-kata motivasi kepada Baby bahawa dirinya pemberian Tuhan yang istimewa dan penyeri keluarga," ujar Habibah.

Anak istimewanya itu mudah dijaga dan menurut kata. Kehidupannya banyak dihabiskan bersama keluarga dan di sekolah. Baby juga tidak cerewet dan tidak sesekali keluar rumah tanpa ditemani keluarga.

Menginjak usia tujuh tahun, Baby dihantar ke Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Batu 4 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur supaya dia bergaul dan belajar bersama rakan-rakan senasibnya.

"Tapi, sesi persekolahan itu bertahan selama dua tahun saja. Alasan Baby, dia enggan ke sekolah kerana berasa pelik melihat wajah yang kawan-kawan sama seperti wajahnya," ujar Habibah yang juga merupakan ibu kepada pelakon Nasliza, 38; Naszeli, 37; Nasrizal, 31, Nasreen, 28 dan Nasriah, 27.

BABY bukan sahaja boleh menguruskan diri sendiri bahkan, melakukan kerja rumah seperti melipat kain dan menyapu sampah.


Suka ke sekolah

Sementara itu, Baby yang kelihatan ceria dalam persalinan baju T warna jingga dan berseluar jean itu, tersenyum setiap kali mendengar pujian ibunya.

Menyedari dilahirkan berbeza seperti adik-beradik yang lain, Baby sedikitpun tidak berasa rendah diri. Sebaliknya, bersyukur kerana dikelilingi insan yang menyayanginya sepenuh hati.

"Abang dan kakak selalu memenuhi keperluan saya. Mereka kerap membawa saya bersiar-siar tanpa rasa malu dengan pandangan orang sekeliling. Jika tiada kelas atau latihan pementasan teater saya suka menemani Darling (Nasreen) ke pejabat," tutur Baby yang kini bersekolah di Vokasional Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Jalan U-Thant, Kuala Lumpur.

Sambil membetulkan rambutnya yang paras bahu itu, Baby yang pernah membintangi drama bertajuk Harijadi Su dan Istimewa memberitahu, setiap hari dia teruja untuk ke sekolah. Dia enggan melepaskan peluang belajar memasak, kelas berlakon, menjahit dan kelas rumah tangga.


untuk baca berita penuh sila klik sini

Khamis, 19 Mei 2011

Sambutan Hari Guru 2011 (19.5.2011)

Hari ini pihak sekolah telah mengadakan sambutan Hari Guru 2011. Sambutan diadakan di Laman Teduh pada pukul 8 pagi...



Pasukan Kompang Sekolah


Sambutan bermula dengan perarakan guru dari pejabat ke laman teduh diiringi dengan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah.




Guru diiringi paluan kompang

Sebaik sahaja semua guru berada di laman teduh, perhimpunan bermula seperti biasa iaitu nyanyian 3 buah lagu (Negaraku, Maju dan Sejahtera serta lagu Sekolah) dan bacaan doa oleh Ustaz Kamarudzaman. Bagi bacaan perutusan2 pula telah dibaca oleh pihak pentadbir.

Sebelum memulakan nyanyian lagu tema hari guru 2011, bacaan ikrar guru diketuai oleh Cikgu Roszi. Selepas itu semua guru menyanyikan lagu tema hari guru ( Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara), lagu Gemilang Di Kalangan Yang Cemerlang dan lagu Guru Malaysia dengan penuh semangat.


Bacaan ikrar guru di ketuai oleh Cikgu Roszi

Sambutan diteruskan dengan persembahan oleh guru2 SKBE1. Persembahan pertama oleh pihak pentadbir. Pihak pentadbir membaca syair pada tahun ini dan (Cikgu Abdullah pula meniup rekoder bagi lagu latar..)

Persembahan kedua pula oleh juara bertahan iaitu kumpulan Guru Lelaki..Mereka membuat persembahan seperti tahun lepas iaitu persembahan nyanyian live. Mereka memilih lagu Anak dan Selagi Ada Rindu untuk disajikan kepada peminat2 mereka.

Persembahan seterusnya pula oleh kumpulan guru perempuan..kali ini mereka membuat kelainan. iaitu bersajak dan menyanyi koir. Guru PPKI pula membuat persembahan tarian pop yeh yeh dengan lagu Pesta Muda Mudi..seterusnya persembahan tarian hindustan oleh PPM.

Selepas itu guru2 berehat untuk menjamu selera. Hidangan kali ini dimasak sendiri oleh guru2 PPKI.(masakan ala2 kampung). Selepas acara menjamu selera, sambutan disambung semula dengan acara penyampaian hadiah oleh pihak BKS.

Dan acara yang ditunggu2 pula diumumkan oleh Cikgu Rafizil. Acara tersebut ialah penyampaian anugerah Guru Popular pilihan warga sekolah. Untuk acara ini warga sekolah diminta mengundi nama cikgu2 di SKBE1..( info : Cikgu Azman(2003-pindah),Cikgu Hiznul(2004-pindah),Cikgu Muhamad (2005-2009) dan Cikgu Hilmi (2010) - antara bekas pemenang anugerah ini bagi guru lelaki).

Tahun ini pemenang anugerah guru popular lelaki dimenangi oleh cikgu yang paling lama berkhidmad di SKBE(1990-kini) iaitu Cikgu Roszi. Bagi anugerah cikgu popular perempuan pula masih tiada tandingannya...dimenangi oleh Cikgu Siti Nurdiana (2006-2011). Anugerah guru popular PPKI pula dimenangi oleh Cikgu Wan Suryani.



Cikgu Popular Lelaki dan Perempuan



Cikgu Popular PPKI

Pemenang bagi acara persembahan guru pula dimenangi oleh Guru2 PPKI dan Guru Lelaki mendapat tempat kedua.


Selepas acara tersebut,para guru menyertai acara sukaneka yang telah dirancang oleh Cikgu Wan Kemala dan AJK2nya..acara ini dimenangi pasukan 4 yang diketuai oleh Cikgu Suziana. Sambutan Hari Guru 2011 tamat pada pukul 12.50 tengah hari.

Untuk gambar2 lain sila klik sini

Selasa, 17 Mei 2011

Koleksi Majalah SEGAR

Pihak sekolah cuba mencari semula majalah2 lama SEGAR dan hanya yang dipaparkan di atas yang mampu dicari...termasuk edisi yang terbaharu...jika bekas murid masih menyimpan Majalah SEGAR edisi yang tidak terdapat di dalam koleksi di atas,diharap boleh scan dan hantar gambar2 tersebut ke alamat email sekolah atau boleh taq ke laman fb sekolah...harap maklum!

SKBE1 di wikipedia

SKBE1 di wikipedia...boleh rujuk sini





Link

Sabtu, 14 Mei 2011

Sajak : Guruku

Guruku

Seperti lilin

sewaktu waktu akan cair

gugur lalu membeku

sepi pun datang menutup pandang

tinggallah waktu

mengakhiri sejarah panjangnya.


Seperti engkau

sewaktu waktu penyuluh hidupku

betapa dalam kegelapan maya

engkau perkenalkan daku dengannya

suria dan bintang cakerawala

sehingga seluruh jagatraya ini

tiba-tiba menjadi milikku.


Kehadiranmu adalah suatu fitrah

lepas itu, engkau kutinggalkan

kukira engkau kesepian kini

mengakhiri sisa-sisa hidupmu

tanpa belaian kasih

ratusan anak-anakmu

yang telah engkau berikan obor.


Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan

seorang anak yang pernah engkau lukai

kini pencintamu paling setia

sehingga ke akhir hayat.

Khamis, 12 Mei 2011

Lagu Tema Hari Guru 2011



Adalah dimaklumkan bahawa Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku urus setia pemilihan tema hari guru Tahun 2011 telah bersetuju memilih tema hari guru tahun 2011 ialah 'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.

Selamat Hari Guru!


GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM


Rabu, 11 Mei 2011











Perkhemahan Bersepadu 2011 di Pusat Latihan Belia Bukit Lagong, Selayang, Selangor akan diadakan pada 14.5.200 hingga 16.5.2011 ini. Semoga program tersebut akan berjalan lancar dan dipermudahkan oleh-Nya...

Rabu, 4 Mei 2011

Terima Kasih

Cerpen : Terima Kasih

Oleh : Marisah Febian

4/5/2011

Petang itu Azli bersendirian di rumah. Suasana yang tenang menyebabkan Azli berasa selesa walaupun tanpa teman berbual. Lamunan Azli terhenti apabila mendengar suara ibunya memberi salam.

“Eh, awalnya Azli pulang!”

“Tadi tiada kelas tambahan ibu,jadi Azli pulang lebih awal”

“Oh begitu, marilah kita masuk ke dalam, Azli”

“Baiklah ibu”

Jam berdenting 9 kali menunjukkan sudah pukul 9 malam. Azli masih lagi termenung sendirian. Ibu Azli sedar bahawa anaknya sedang termenung. Ibu berasa hairan dengan sikap Azli sejak akhir-akhir ini.

“Azli, kenapa dengan kamu nak?”

“Tidak apa-apa ibu”

“Ibu tahu kamu ada masalah. Ceritalah dengan ibu, mungkin ibu boleh bantu kamu”.

Ibu Azli masih lagi berkeras untuk mengetahui masalah anaknya. Azli pun menerangkan dengan panjang lebar.

“Sebenarnya ibu, Cikgu Marina telah memberi amaran kepada saya, jika minggu depan saya tidak membayar yuran skolah, saya akan dibuang sekolah”.

Muka ibu Azli seperti ingin menitiskan air mata.

“Kamu jangan risau nak,ibu akan berusaha untuk mencari duit untuk membayar yuran sekolah kamu”.

Azli menitiskan air mata apabila mendengar penjelasan ibunya.

“Terima kasih ibu, Azli akan membantu ibu untuk mencari duit”.jawab Azli.

Keesokan harinya, semasa di dalam kelas, suasana 5 Bestari sungguh bising. Beberapa minit kemudian, Cikgu Marina masuk ke dalam kelas. Ketua kelas meminta semua murid murid berdiri.

“Berdiri semua! selamat pagi cikgu!”

“Selamat pagi semua, duduk”. jawab Cikgu Marina selamba. Azli berasa takut apabila Cikgu Marina berjalan menuju ke mejanya.

“Azli, bilakah kamu mahu membayar yuran skolah?” tanya Cikgu Marina.

“Cikgu, sebenarnya saya tidak mempunyai duit untuk membayar yuran sekolah, Berilah saya tempoh untuk mencari duit cikgu” jawab Azli.

Selepas pulang dari sekolah, Azli terus masuk ke bilik tidur. Lalu termenung. Beberapa minit kemudian, Azli terkejut dari lamunannya apabila dia terdengar bunyi kereta masuk ke halaman rumahnya. Azli melihat melalui tingkap dan terus ke pintu rumahnya untuk melihat dengan lebih jelas siapakah yang datang.

Azli melihat seorang wanita dan lelaki tua melangkah keluar dari kereta. Azli seperti kenal akan wanita dan lelaki itu. Sebenarnya wanita dan lelaki tersebut adalah pakcik dan makciknya. Ketika pakcik dan makciknya menuju ke anak tangga, Azli terus mempelawa mereka naik ke rumah.

“Ada hal mustahak ke makcik dan pakcik datang ke sini?”.

“Sebenarnya kami datang ke sini kerana ingin membantu kamu untuk membayar yuran sekolah kamu”kata pakciknya.

Kami tidak mahu kamu mengabaikan pelajaran kamu. Kami mahu kamu berjaya seperti kami” sambung makciknya pula.

“Macam mana pakcik dan makcik boleh tahu?”tanya Azli kehairanan.

“Sebenarnya kami mendapat tahu daripada Husin”.jawab pakciknya pula.

Azli terkejut dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik dan makciknya. Lalu, Azli mempelawa pakcik dan makciknya menjamah hidangan yang telah disediakan selepas itu.

Di suatu sudut, terbit rasa bersyukur ke hadratNya kerana masih ada saudara-mara yang ingin menolong menyelesaikan masalahnya.Terima kasih pakcik dan makcik.


Selasa, 3 Mei 2011

Aktiviti Terapi Renang Pra-PPKI

gambar sekitar aktiviti terapi renang pra-PPKI

Kelab Kompang Sekolah

Setelah dibubarkan beberapa tahun yang lepas...pihak sekolah telah menubuhkan kembali pasukan kompang sekolah...

Dan sebanyak 18 orang murid telah dipilih untuk belajar kompang...

Kelab Kompang Sekolah kini diuruskan oleh Cikgu Azman dan Ustaz Ka
marudzaman...selamat maju jaya...




Pasukan Kompang Sekolah 2007 sebelum dibubarkan pada tahun 2008



Sesi latihan kompang pertama selepas diwujudkan kembali...