" MAKLUMAN SEMASA"

Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.

Perutusan Guru Besar


GURU BESAR SK BATU 4 (1)
JALAN IPOH, KUALA LUMPUR


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...

Bersyukur kita ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa kerana dengan limpah serta keizinan-nya sekolah ini berjaya menerbitkan blognya sendiri. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru yang menyelaras dan juga kepada semua yang terlibat dengan penerbitan ini.

Blog ini merupakan satu hasilan kebanggaan warga SK Batu 4 (1). Melalui laporan yang dipaparkan, ianya sesungguhnya memberikan gambaran yang nyata dan menyeluruh akan aktiviti sekolah ini.

Saya yakin penerbitan blog ini akan menjadi penghubung kepada semua pihak, termasuk ibu bapa dan guru (PIBG) serta murid. Penerbitan blog ini memberi peluang kepada guru-guru dan pihak sekolah untuk merakamkan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan.

Akhir kata, diharap semua guru dan murid akan bergerak menuju perubahan baru yang dapat mengharumkan nama sekolah ini. Insyaallah.


' BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'


Sekian, terima kasih.


PUAN AZLINDA SHAM ABDULLAH SANI
GURU BESAR
SK BATU 4 (1) JLN IPOH