" MAKLUMAN SEMASA"

Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.

Selasa, 22 Februari 2011

Cikgu Mariati Kembali Bertugas...

Setelah bercuti selama 2 bulan (bersalin),hari ini Cikgu Mariati telah kembali menyambung tugas di SKBE1...selamat kembali bertugas...



Cikgu Mariati

Bilik Guru dapat TV!!!!

Cikgu Rafizil Asrul telah mendermakan sebuah tv kepada Bilik Guru SKBE1...walaupun tv lama,tetapi amat bermakna kepada guru2...terima kasih Cikgu Rafizil!!!



TV Cikgu Rafizil...

Sabtu, 19 Februari 2011

Lagu Sekolah



Lagu sekolah yang digubah dan dirakam semula oleh Cikgu Hilmi pada tahun 2005...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1 Malaysia 1 Ummah

Pada 18/2/2011 Pihak sekolah telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah...Sambutan bermula seawal pukul 7.30 pagi dengan bacaan yasin yang diketuai oleh Ustaz Kamarulzaman...

Selepas sesi bacaan yasin,murid2 dan guru2 bersama-sama berselawat ke atas nabi sementara menunggu pihak Bank Rakyat sampai untuk sesi penyerahan wang zakat.



Selepas sesi bersama pihak Bank Rakyat (cawangan Selayang), bermulalah sesi perarakan sepanduk sempena sambutan maulidur rasul kali ini...(tema ; 1 Malaysia,1 Ummah)Perarakan kali ini berlangsung di padang sekolah menengah...



Selepas sesi perarakan, murid dan guru berehat seketika...selepas waktu rehat, majlis bersambung dengan sesi ceramah dari penceramah jemputan pihak sekolah...


majlis bersurai tepat pada pukul 11.50 pagi...

Rabu, 9 Februari 2011

1 Murid 1 Sukan

Link 1 murid 1 sukan

Dasar 1 Murid 1 Sukan telah dilaksanakan di SKBE1 bermula 24/1/2011 ...Dasar 1 Murid 1 Sukan menekankan penglibatan setiap murid dalam sukan. Penglibatan ini lebih menjurus kepada penyertaan, penglibatan, pemahaman dan pengetahuan mengenai sukan berkenaan tanpa mementingkan prestasi mereka.

Oleh itu, bermula tahun 2011, semua murid dan pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Pekeliling pun sudah dikeluarkan oleh pihak kementerian...




Selasa, 8 Februari 2011

Lagu Sekolah

untuk mendengar lagu sekolah,sila klik pada link Lagu Sekolah

SKBE1 di Laman Sosial FB...

Sekolah Kebangsaan Batu 4 telah melangkah lebih jauh lagi...kini boleh dapatkan infomasi terkini di laman sosial fb kami...

Sekolah Kebangsaan Batu 4(1) - page
Sek.Keb.Batu 4(1) - Group

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011...

Selamat kembali ke sekolah...