" MAKLUMAN SEMASA"

Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.

Ahad, 30 Disember 2012

Selamat Tinggal 2012


Esok hari terakhir bagi tahun 2012. Banyak suka duka yang telah dilalui bersama. Cikgu Siti Nur Diana dan Cikgu Shaheezam telah sah berpindah ke sekolah baru. Selamat maju jaya diucapkan. Yang tinggal teruskan perjuangan kalian.

Tahniah juga buat murid2 tahun 6 yang telah tamat belajar di SKBE1 selama 6 tahun. Yang kurang cemerlang dalam keputusan UPSR yang lalu, jangan putus asa. Gagal sekali tidak bermakna anda gagal selama-lamanya. Yang berjaya mendapat keputusan cemerlang pula, teruskan usaha agar menjadi lebig cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga sukses di sekolah menengah nanti.

Selamat tinggal tahun 2012. Semoga azam yang dibuat pada awal tahun lalu telah tercapai. Tanamkan azam baru pada tahun hadapan agar menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Selamat maju jaya diucapkan sekali lagi.