" MAKLUMAN SEMASA"

Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.

Rabu, 4 Mei 2011

Terima Kasih

Cerpen : Terima Kasih

Oleh : Marisah Febian

4/5/2011

Petang itu Azli bersendirian di rumah. Suasana yang tenang menyebabkan Azli berasa selesa walaupun tanpa teman berbual. Lamunan Azli terhenti apabila mendengar suara ibunya memberi salam.

“Eh, awalnya Azli pulang!”

“Tadi tiada kelas tambahan ibu,jadi Azli pulang lebih awal”

“Oh begitu, marilah kita masuk ke dalam, Azli”

“Baiklah ibu”

Jam berdenting 9 kali menunjukkan sudah pukul 9 malam. Azli masih lagi termenung sendirian. Ibu Azli sedar bahawa anaknya sedang termenung. Ibu berasa hairan dengan sikap Azli sejak akhir-akhir ini.

“Azli, kenapa dengan kamu nak?”

“Tidak apa-apa ibu”

“Ibu tahu kamu ada masalah. Ceritalah dengan ibu, mungkin ibu boleh bantu kamu”.

Ibu Azli masih lagi berkeras untuk mengetahui masalah anaknya. Azli pun menerangkan dengan panjang lebar.

“Sebenarnya ibu, Cikgu Marina telah memberi amaran kepada saya, jika minggu depan saya tidak membayar yuran skolah, saya akan dibuang sekolah”.

Muka ibu Azli seperti ingin menitiskan air mata.

“Kamu jangan risau nak,ibu akan berusaha untuk mencari duit untuk membayar yuran sekolah kamu”.

Azli menitiskan air mata apabila mendengar penjelasan ibunya.

“Terima kasih ibu, Azli akan membantu ibu untuk mencari duit”.jawab Azli.

Keesokan harinya, semasa di dalam kelas, suasana 5 Bestari sungguh bising. Beberapa minit kemudian, Cikgu Marina masuk ke dalam kelas. Ketua kelas meminta semua murid murid berdiri.

“Berdiri semua! selamat pagi cikgu!”

“Selamat pagi semua, duduk”. jawab Cikgu Marina selamba. Azli berasa takut apabila Cikgu Marina berjalan menuju ke mejanya.

“Azli, bilakah kamu mahu membayar yuran skolah?” tanya Cikgu Marina.

“Cikgu, sebenarnya saya tidak mempunyai duit untuk membayar yuran sekolah, Berilah saya tempoh untuk mencari duit cikgu” jawab Azli.

Selepas pulang dari sekolah, Azli terus masuk ke bilik tidur. Lalu termenung. Beberapa minit kemudian, Azli terkejut dari lamunannya apabila dia terdengar bunyi kereta masuk ke halaman rumahnya. Azli melihat melalui tingkap dan terus ke pintu rumahnya untuk melihat dengan lebih jelas siapakah yang datang.

Azli melihat seorang wanita dan lelaki tua melangkah keluar dari kereta. Azli seperti kenal akan wanita dan lelaki itu. Sebenarnya wanita dan lelaki tersebut adalah pakcik dan makciknya. Ketika pakcik dan makciknya menuju ke anak tangga, Azli terus mempelawa mereka naik ke rumah.

“Ada hal mustahak ke makcik dan pakcik datang ke sini?”.

“Sebenarnya kami datang ke sini kerana ingin membantu kamu untuk membayar yuran sekolah kamu”kata pakciknya.

Kami tidak mahu kamu mengabaikan pelajaran kamu. Kami mahu kamu berjaya seperti kami” sambung makciknya pula.

“Macam mana pakcik dan makcik boleh tahu?”tanya Azli kehairanan.

“Sebenarnya kami mendapat tahu daripada Husin”.jawab pakciknya pula.

Azli terkejut dan mengucapkan terima kasih kepada pakcik dan makciknya. Lalu, Azli mempelawa pakcik dan makciknya menjamah hidangan yang telah disediakan selepas itu.

Di suatu sudut, terbit rasa bersyukur ke hadratNya kerana masih ada saudara-mara yang ingin menolong menyelesaikan masalahnya.Terima kasih pakcik dan makcik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan