" MAKLUMAN SEMASA"
Anda dialu-alukan untuk memberikan sebarang komen dan cadangan serta maklumat-maklumat yang berkaitan diruangan komen anda.
Ahad, 24 Mac 2013
Pertandingan Bola Tampar Zon Sentul
![]() |
SJK(C) Jinjang Tengah 2 |
untuk melihat album gambar sekitar Pertandingan klik sini, sini, sini dan sini.
Mesyuarat Agong PIBG 2013
Mesyuarat Agong PIBG telah berlangsung pada 16 Mac yang lalu. Mesyuarat Agong ini telah dipengerusikan oleh YDP En.Amir Hamdzan Hamzah. Mesyuarat kali ini membincangkan beberapa isu termasuklah pelantikan AJK Ibu Bapa yang baru bagi memantapkan lagi pengurusan PIBG untuk tahun ini. Mesyuarat ini juga untuk mendapat persetujuan ibu bapa bagi meluluskan bayaran Yuran PIBG untuk tahun 2013. Tidak lupa juga, pihak PIBG memberi saguhati kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang UPSR 2012 yang lalu.
![]() |
Pentadbiran Baru...
Bulan Januari yang lalu, Pn.Hajah Zaimah telah pun bersara secara rasminya. Oleh itu, pada 1.3.2013 pihak sekolah telah menerima Guru Besar baru iaitu Pn. Azlinda Sham bt. Abdullah Sani. Pn.Azlinda ialah bekas guru di SKBE1 yang kali terakhir beliau berkhidmat di sini ialah pada tahun 2002. Sebelum itu juga pihak sekolah telah menerima Guru Penolong Kanan HEM yang baru iaitu Pn.Anizai Binti Tun Wahab setelah En.Dzulkifli dinaikan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan 1. Kenaikan pangkat En.Dzulkifli berikutan kekosongan setelah En.L.M.N. Ambrose bersara pada Disember 2012 yang lalu. Selamat datang diucapkan buat barisan pentadbiran baru dari kami warga SKBE1.
Langgan:
Catatan (Atom)